awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam beradik yatim piatu selepas ibu meninggal dunia akibat COVID-19, terima sumbangan ZPP

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/09/2021
08:02 MYT
Enam beradik yatim piatu selepas ibu meninggal dunia akibat COVID-19, terima sumbangan ZPP
Ramai penduduk yang prihatin hadir memberi bantuan dengan meletakkan kesemua barangan di luar pintu rumah mereka. - Astro AWANI
PERMATANG PAUH: Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini turun padang menyantuni enam beradik yatim piatu yang terpaksa tinggal bersendirian dirumah mereka di pangsapuri Ampang Jajar di Pulau Pinang selepas kematian ibu bapa mereka.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli berkata, pihaknya terkesan dengan kisah enam beradik berkenaan yang kematian ibu akibat COVID-19 minggu lalu manakala bapa pula meninggal dunia pada Mac lalu akibat strok.
Mohamad Kairi berkata, pihaknya ke rumah keluarga berkenaan pihak bagi melihat sendiri nasib enam beradik itu ketika ini serta meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan selepas ini.
"Alhamdulillah mengikut semakan, zakat keluarga ini adalah penerima bantuan RM450 sebulan dan selepas ini kita akan buat penyelidikan (penilaian) kembali ke atas keluarga bekenan dan akan dilanjutkan kepada pihak berkenaan," ujar Mohamad Kairi.
Pemerhatian pihaknya mendapati keadaan enam adik beradik itu berada dalam keadaan baik.
Pada Sabtu, tular di media sosial kisah enam beradik yang berusia empat hingga 18 tahun menjalani kuarantin dirumah sewa selepas ibu mereka meninggal dunia akibat COVID-19.
Mereka tinggal dalam keadaan serba kekurangan selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka dan kisah mereka mengundang simpati warga net.
Sementara itu tinjauan di kediaman berkenaan Pada Ahad mendapati, ramai penduduk yang prihatin hadir memberi bantuan dengan meletakkan kesemua barangan di luar pintu rumah mereka.
Difahamkan, sepanjang tempoh kuarantin itu, segala urusan serta keperluan harian enam beradik itu dibantu oleh jiran sekeliling yang prihatin apabila melancarkan kutipan derma.
Topic Berkaitan
#yatim piatu
#COVID-19
#kebajikan
#Zakat Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan