awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FBP 2025 promosi Balik Pulau sebagai produk pelancongan budaya

Bernama
Bernama
27/07/2025
21:00 MYT
FBP 2025 promosi Balik Pulau sebagai produk pelancongan budaya
Festival sebegini membuka ruang kepada penggiat seni tempatan untuk mempamerkan identiti budaya ke peringkat lebih tinggi. - Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
BALIK PULAU: Festival Balik Pulau 2025 (FBP 2025) dilihat mampu melonjakkan nama kawasan itu sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Radzi Omar berkata, Balik Pulau bukan sekadar terkenal dengan durian, malah kaya dengan seni,, budaya dan makanan tradisional yang berpotensi diketengahkan.
"FBP mula dianjurkan sejak 2019 sebagai platform mengetengahkan keunikan budaya Pulau Pinang. Ia bukan sahaja memeriahkan sektor pelancongan, malah memberi impak ekonomi kepada penggiat seni dan usahawan tempatan," katanya kepada media pada majlis penutup FBP 2025 di Kompleks Sukan Balik Pulau, di sini, pada Ahad.
Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai dan turut dihadiri Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Mohd Radzi turut memaklumkan, sebanyak RM1.38 juta geran sokongan telah disalurkan kepada 25 persatuan dan syarikat kebudayaan di Pulau Pinang tahun lepas, manakala RM490,000 lagi diluluskan hingga Mei tahun ini.
Katanya, sebagai persediaan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, JKKN giat menganjurkan festival seni budaya di seluruh negara termasuk di Perlis, Perak, Kelantan dan akan ke Kedah serta Terengganu.
Sementara itu, Wong berkata, festival sebegini membuka ruang kepada penggiat seni tempatan untuk mempamerkan identiti budaya ke peringkat lebih tinggi, selain memberi limpahan ekonomi di kawasan luar bandar serta pinggir bandar.
Muhammad Bakhtiar pula berharap FBP dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan bagi terus mempromosikan Balik Pulau kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
FBP 2025 bertemakan "Kembali Riuh di Lik Lau" berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas dengan pelbagai pengisian seperti persembahan seni, aktiviti keagamaan, pertandingan dan pameran usahawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti keagamaan
#sektor pelancongan
#acara tahun
#FBP 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan