awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Gombak dan Hulu Selangor - Syabas

Bernama
Bernama
22/01/2018
14:01 MYT
Gangguan bekalan air di Gombak dan Hulu Selangor - Syabas
Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut. - Gambar hiasan
Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara dari Rabu hingga Jumaat ini berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini menyatakan kawasan terlibat ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.
Kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang di Hulu Selangor.
"Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut.
"Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat," menurut Syabas.
Pengguna boleh merujuk ke laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar "mySyabas" untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Gombak
#Hulu Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan