awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan P.Pinang cabar DAP berdebat dengan PAS isu hudud, pilihan raya PBT

Bernama
Bernama
30/01/2015
09:42 MYT
Gerakan P.Pinang cabar DAP berdebat dengan PAS isu hudud, pilihan raya PBT
Gerakan Pulau Pinang hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berdebat dengan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berhubung isu pelaksanaan hudud dan pilihan raya PBT - Gambar Fail
Gerakan Pulau Pinang hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berdebat dengan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berhubung isu pelaksanaan hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata Lim yang juga Ketua Menteri, tidak sepatutnya gentar dengan PAS (berhubung debat), supaya kebenaran dapat didedahkan kepada orang ramai.
"Jangan rasa takut atau patuh kepada setiausaha penganjur DAP Anthony Loke supaya menyelesaikan perkara itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), hanya untuk menjaga air muka kerana dengan berbuat demikian ia bukan sahaja melepaskan peluang untuk Lim membuktikan yang beliau bercakap "benar" serta untuk tidak menafikan hak orang ramai untuk mendapat maklumat bagi kedua-dua isu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Oh kurang yakin bahawa pucuk pimpinan PR akan mengadakan perjumpaan dalam waktu terdekat untuk menyelesaikan kedua-dua isu kerana kalangan pemimpin mereka secara terbuka mengakui yang mereka tidak mengadakan perjumpaan sejak enam bulan lepas.
Katanya Lim patut mendedahkan sama ada PR sudah mencapai persetujuan (bagi hudud dan pilihan raya PBT) dan bersikap telus dengan memberikan hak kepada rakyat untuk mendapat maklumat.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#GERAKAN
#hudud
#Lim Guan Eng
#Oh Tong Keong
#pbt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan