awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Perbezaan pandangan isu wanita berjihad perlu rujuk pihak berautoriti - Menteri

Bernama
Bernama
11/04/2026
04:40 MYT
Global Sumud Flotilla: Perbezaan pandangan isu wanita berjihad perlu rujuk pihak berautoriti - Menteri
Segelintir pihak mempertikai penyertaan beberapa selebriti tanah air wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0. - Gambar fail
Sebarang perbezaan pandangan berhubung isu yang mempertikaikan penglibatan wanita dalam jihad perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama termasuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi memastikan penjelasan yang tepat dan berlandaskan hukum syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pelbagai pandangan boleh timbul dalam masyarakat mengenai perkara itu, namun penyelesaian terbaik adalah melalui pandangan institusi agama yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
"Dalam hal ini ada pelbagai pandangan diberikan. Kita rujuk kepada pihak autoriti, pihak Jabatan Mufti Wilayah.
"Apabila berada dalam perbezaan pandangan ini, sudah pasti ada yang akan mendamaikannya dan melihat dari kaca mata yang secara umum," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan warganet mempertikai penyertaan beberapa selebriti tanah air, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#wanita berjihad
#mufti
#zulkifli hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan