awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng fail notis rayuan berhubung jumlah ganti rugi saman fitnah

Bernama
Bernama
06/03/2026
07:13 MYT
Guan Eng fail notis rayuan berhubung jumlah ganti rugi saman fitnah
Guan Eng (foto) berjaya dalam saman terhadap bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah. -Foto fail/Bernama
Penasihat DAP Lim Guan Eng memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung jumlah ganti rugi kes saman fitnah yang difailkannya.
Guan Eng berjaya dalam saman terhadap bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah.
Peguamnya Datuk Sankara Nair dalam satu kenyataan berkata notis itu difailkan hari ini, dan rayuan berkenaan berhubung jumlah ganti rugi yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Menon semalam.
“Anak guam kami bersyukur dan menghargai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan fitnahnya, mendapati defendan bertanggungjawab serta membayar ganti rugi.
“Namun, anak guam kami tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi berkenaan, iaitu RM50,000 sebagai ganti rugi dan bayaran kos sebanyak RM5,000, yang dianggap tidak mencukupi dalam keadaan itu. Rayuan ini bertujuan mendapatkan penilaian semula jumlah ganti rugi, sesuai dengan kemudaratan terhadap reputasi yang dialami anak guam kami,” katanya.
Pada 7 Jun 2024, Guan Eng memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya dan MNow Media Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng berkata Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas kakitangan ladang di Bestari Jaya, Selangor.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#fitnah
#saman
#Lim Guan Eng
#Zuraida Kamaruddin
#Mahkamah Rayuan
#ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan