awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna helikopter untuk pasukan vaksinasi bergerak di Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
16/06/2021
09:29 MYT
Guna helikopter untuk pasukan vaksinasi bergerak di Sarawak - Abang Johari
Kos perkhidmatan helikopter itu akan ditanggung kerajaan negeri dan ia akan digunakan pasukan vaksinasi bergerak. - Gambar hiasan/ Bernama
KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak menggunakan perkhidmatan helikopter doktor udara untuk sampai ke kawasan pedalaman negeri itu, bagi mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk negeri itu menjelang Ogos.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan itu yang ditanggung kerajaan negeri akan digunakan pasukan vaksinasi bergerak, yang turut menggunakan pengangkutan sungai untuk sampai ke penempatan yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya.
"Kita telah membuat beberapa penyesuaian, mengikut keperluan tempat masing-masing, khususnya di luar bandar, kita telah menggunakan (kaedah) suntik dulu baru mendaftar, kerana kita nak mempercepatkan (proses vaksinasi)," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini beliau berkata, jumlah PPV di negeri ini juga akan ditambah lagi daripada 213 yang beroperasi sekarang, bagi mencapai sasaran vaksinasi 50,000 orang sehari.
Menurutnya, sejumlah 110,380 dos vaksin akan tiba esok untuk diberikan kepada penduduk di Miri, Bintulu dan Belaga, manakala 350,000 dos lagi akan tiba di Kuching pada Jumaat ini, untuk PPV di Kuching.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPV
#helikopter
#Sarawak
#COVID-19
#vaksin
#Abang Johari
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan