awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Mindef jamin tidak kompromi pihak terlibat kematian anggota Tentera Darat
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir dua dekad hilang, ibu tabah menanti kepulangan Sharlinie

Bernama
Bernama
14/03/2026
08:46 MYT
Hampir dua dekad hilang, ibu tabah menanti kepulangan Sharlinie
Suraya mengakui kerinduannya terhadap Sharlinie yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik semakin terasa setiap kali menjelang Aidilfitri. - Gambar/ Bernama
Hampir 20 tahun selepas Sharlinie Mohd Nashar hilang dalam kejadian yang menggemparkan negara, ibunya masih tabah menanti kepulangan anak perempuannya itu ke pangkuan keluarga.
Suraya Ahmad, 46, berkata setiap hari beliau berdoa agar dapat bertemu semula dengan anaknya itu yang hilang ketika berusia empat tahun di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Jan 2008.
“Saya masih mengharapkan dapat bertemu Nini (Sharlinie) dalam keadaan selamat dan sihat. Nini yang dilahirkan pada 30 Jan 2004 telah berusia 22 tahun.
“Jika ditakdirkan kami dipertemukan semula, saya yakin masih dapat mengenalinya kerana wajahnya hampir sama dengan anak kedua saya, Sharliena yang kini berusia 26 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini hari ini.
Suraya yang kini bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami, Mohd Nashar Mat, 48, pada 2018 mengakui kerinduannya terhadap Sharlinie yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik semakin terasa setiap kali menjelang Aidilfitri.
Katanya Sharlinie sentiasa ceria setiap kali menyambut Aidilfitri dan begitu teruja memperagakan pakaian baharu yang dibelikan.
“Sejak dia (Sharlinie) hilang, sambutan Aidilfitri terasa seperti ada yang tidak lengkap,” katanya.
Pada masa ini katanya beliau hanya mampu melepaskan rindu terhadap Sharlinie dengan menatap gambar anaknya itu serta mengusap dua pasang pakaian berwarna merah jambu dan kuning yang sering dipakai Sharlinie, yang masih disimpan hingga kini.
Bagaimanapun Suraya berkata kerinduannya terhadap Sharlinie sedikit terubat apabila tiga lagi anaknya sangat rapat dan mesra dengannya selain kehadiran dua cucu lelaki yang masing-masing berusia empat dan dua tahun yang turut menceriakan hidupnya.
Ditanya mengenai kehidupannya pada masa ini Suraya berkata beliau kini bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya bagi menyara keluarga.
Katanya beliau turut menghasilkan dan menjual kerepek pisang secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.
Kehilangan Sharlinie pada 2008 mengejutkan seluruh negara apabila kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut bersama kakaknya, Sharliena, dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman permainan, kira-kira 200 meter dari rumah sewa keluarga mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.
Walaupun beribu-ribu poster mengenai kehilangannya diedarkan dan usaha pelbagai pihak untuk mencarinya dilakukan namun tiada sebarang maklumat mengenai keberadaan Sharlinie hingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sharlinie Mohd Nashar
#kanak-kanakhilang
#ibu Sharlinie
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan