awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga telur ayam stabil di pasaran

Bernama
Bernama
25/08/2021
14:57 MYT
Harga telur ayam stabil di pasaran
Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen). - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding dalam kuantiti 10 biji.
Ia adalah hasil pemantauan KPDNHEP melalui pelaksanaan OPS PASAR (telur ayam) sejak 2 Ogos melibatkan pemeriksaan terhadap 136 premis iaitu 41 premis pengeluar telur dan 95 premis pemborong.
"Berdasarkan syarikat yang diperiksa, anggaran pengeluaran telur ayam dalam sehari adalah sejumlah 34 juta dan ia mampu menampung keperluan harian rakyat dengan anggaran penggunaan berjumlah 34 juta biji sehari," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata sejumlah 136 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada pengeluar dan pemborong bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan peningkatan harga yang berlaku di peringkat peruncit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga telur ayam
#stabil
#Harga runcit
#KPDNHEP
#OPS PASAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan