awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan budaya guna isu rasuah sebagai ugutan politik - ABIM

Bernama
Bernama
18/02/2026
14:58 MYT
Hentikan budaya guna isu rasuah sebagai ugutan politik - ABIM
Ahmad Fahmi berkata, ABIM turut menggesa kerajaan memperkukuh perlindungan pemberi maklumat, menggubal undang-undang pembiayaan politik yang telus, dan memantapkan sistem perolehan kerajaan bagi mengelakkan ruang kepada amalan kronisme. - Gambar Facebook
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak menghentikan budaya menggunakan kes rasuah sebagai alat ugutan, tawar-menawar politik atau menutup kelemahan tadbir urus, sebaliknya menumpukan usaha kepada reformasi institusi yang tulen serta berkesan.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya memandang serius kekeliruan dan keresahan rakyat apabila isu rasuah semakin dipersembahkan dalam bentuk retorik, persepsi dan propaganda.
Beliau berkata, keadaan itu mewujudkan tanggapan seolah-olah 'antirasuah' hanya slogan untuk mengukuhkan kuasa, bukannya reformasi menyeluruh bagi membina negara.
"ABIM menggesa kerajaan agar memastikan agenda antirasuah dipulihkan melalui reformasi institusi yang jelas dan berani termasuk memastikan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mempercepat pemisahan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Fahmi berkata, ABIM turut menggesa kerajaan memperkukuh perlindungan pemberi maklumat, menggubal undang-undang pembiayaan politik yang telus, dan memantapkan sistem perolehan kerajaan bagi mengelakkan ruang kepada amalan kronisme.
Rakyat tidak akan meyakini usaha memerangi rasuah sekiranya tindakan dilihat tidak konsisten atau bersifat selektif, yang hanya menyasarkan pihak tertentu atau berubah mengikut musim politik.
"Rasuah tidak akan tumbang dengan laungan, tetapi dengan keadilan yang konsisten, reformasi institusi yang tegas dan kesediaan memutuskan budaya kronisme," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Rasuah
#politik
#propaganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan