awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Hina institusi Diraja: Ketua Pemuda PSM Khalid Ismath ditahan

Bernama
Bernama
13/09/2019
23:16 MYT
Hina institusi Diraja: Ketua Pemuda PSM Khalid Ismath ditahan
Khalid Ismath ditahan kerana dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. -Facebook@khalidismath
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath kerana dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran kes itu.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kes itu.
Berikutan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh USJT, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga menjadi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Al-Sultan Abdullah
#Fahmi Visuvanathan Abdullah
#hina institusi diraja
#Khalid Ismath
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.