awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital swasta akan perincikan caj tambahan saringan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
02:13 MYT
Hospital swasta akan perincikan caj tambahan saringan COVID-19
Bayaran tambahan itu adalah untuk menanggung kos tambahan terhadap perkhidmatan, penghantaran sampel, keputusan pengesanan dan peralatan perlindungan kepada petugas kesihatan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia menegaskan bahawa harga siling ujian saringan COVID-19 yang ditetapkan kerajaan tidak termasuk bayaran penggunaan perubatan lain seperti PPE dan konsultasi dengan pengamal perubatan.
Menurut presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh, perkara ini disahkan dalam surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 1 Jun 2021 kepada semua makmal perubatan swasta.
Malah katanya, hospital swasta akan memaparkan harga akhir bagi ujian saringan COVID-19 termasuk bayaran makmal dan lain-lain bayaran untuk panduan kepada orang awam membuat pilihan.
Ini bagi memudahkan orang awam memahami bayaran tambahan yang dikenakan hospital swasta ke atas harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Bayaran tambahan itu adalah untuk menanggung kos tambahan terhadap perkhidmatan, penghantaran sampel, keputusan pengesanan dan peralatan perlindungan kepada petugas kesihatan.
Ketika ini kerajaan menetapkan harga siling untuk ujian Rt-PCR pada harga RM150; rapid molecular yang membolehkan ujian diperoleh dengan pantas pada harga RM270, RTK antigen pada harga RM60 dan ujian pantas mengesan antibodi pada kadar RM50, di semenanjung.
manakala, harga siling Rt-PCR di Sabah dan Sarawak pula ditetapkan pada harga RM200, rapid molecular (RM350), RTK-Antigen RM80 dan ujian pantas antibodi RM70.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hospital swasta
#harga siling
#saringan
#PPE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan