awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak

Bernama
Bernama
10/05/2024
21:21 MYT
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Dr Dzulkefly berkata dalam usaha memastikan kempen pendidikan kesihatan mencapai matlamatnya, KKM sentiasa berinovasi dan berkreativiti dalam mempersembahkan produk yang mampu menarik minat kanak-kanak. - Gambar fail/BERNAMA
SUNGAI PETANI: Penglibatan ibu bapa khususnya dalam memberikan kasih sayang dan sokongan psikologi, memainkan peranan penting terhadap tahap tumbesaran kanak-kanak kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh melancarkan pelbagai kempen, namun yang paling utama ialah penglibatan ibu bapa, mereka mesti mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan keluarga khususnya anak-anak.
Dr Dzulkefly berkata dalam usaha memastikan kempen pendidikan kesihatan mencapai matlamatnya, KKM sentiasa berinovasi dan berkreativiti dalam mempersembahkan produk yang mampu menarik minat kanak-kanak.
"Kami sedar sangat mustahak meningkatkan program pendidikan kesihatan dengan menggunakan media-media baharu, antaranya melalui ikon animasi yang sudah ada di negara ini.
"Kita ada pelbagai jenis animasi lain seperti Upin Ipin, Ejen Ali dan Boboiboy, yang mendapat sambutan di negara luar...kami akan memanfaatkan media-media ini menerusi pendekatan animasi untuk mewujudkan kandungan yang menarik perhatian kumpulan sasaran," katanya.
Program terbabit yang mula dilaksanakan bermula November tahun lepas sehingga 2025, akan membabitkan 17 lokasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tumbesaran kanak-kanak
#peranan ibu bapa
#sokongan psikologi
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan