awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut ditikam anak kandung

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2018
13:36 MYT
Ibu maut ditikam anak kandung
Menurut polis, ketika ditahan, suspek kelihatan seperti kurang waras, bagaimanapun, siasatan masih dijalankan.- Foto PDRM
Seorang ibu menemui ajal selepas ditikam anaknya sendiri ketika berada di dapur dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung RTB Bukit Canggang, di sini, petang tadi.
Kejadian itu disedari suami dan anak mangsa berusia 12 tahun yang baru pulang dari solat Jumaat kira-kira jam 2.10 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, setelah sampai di hadapan pintu rumah, dapati suspek yang merupakan anak keenam daripada 10 beradik itu meluru berlari ke luar rumah dalam keadaan tangan berdarah dan hanya memakai tuala.
Menurutnya, suami mangsa cuba mengejar anaknya itu (suspek) sebelum menghubungi polis. Orang ramai berkumpul di luar rumah mangsa.
“Susulan itu, kereta peronda MPV tiba ke lokasi. Telah berlaku pergelutan antara polis dengan suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Manakala, mangsa berusia 50 tahun itu telah ditemui terbaring di ruang dapur dengan kesan tikaman pisau di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kejadian itu disedari suami dan anak mangsa berusia 12 tahun yang baru pulang dari solat Jumaat kira-kira jam 2.10 petang. - Foto Bernama
Kejadian itu disedari suami dan anak mangsa berusia 12 tahun yang baru pulang dari solat Jumaat kira-kira jam 2.10 petang. - Foto Bernama
Beliau berkata, polis kemudian telah merampas pisau yang ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati, semasa kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak asuhan berusia lingkungan dua hingga empat tahun berada di rumah tersebut, namun tiada sebarang kecederaan pada kanak-kanak itu.
semasa kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak asuhan berusia lingkungan dua hingga empat tahun berada di rumah tersebut. - Foto Sinar Harian
Semasa kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak asuhan berusia lingkungan dua hingga empat tahun berada di rumah tersebut. - Foto Sinar Harian
“Ketika ditahan, suspek kelihatan seperti kurang waras, bagaimanapun, siasatan masih dijalankan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#anak kandung
#Banting
#dibunuh
#Kuala Langat
#maut
#polis
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan