awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia haramkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun

Bernama
Bernama
28/03/2026
04:15 MYT
Indonesia haramkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun
Indonesia muncul negara bukan Barat pertama yang menguatkuasakan sekatan sedemikian di seluruh negara. - Gambar fail
Indonesia pada Sabtu secara rasmi melarang penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.
Hal itu susulan pelaksanaan peraturan keselamatan digital Dasar Tata Kelola untuk Anak Aman dan Sehat Digital (Tunas) yang mewajibkan penyahaktifan berperingkat akaun milik pengguna bawah umur pada platform berisiko tinggi.
Indonesia muncul negara bukan Barat pertama yang menguatkuasakan sekatan sedemikian di seluruh negara, berdasarkan perkembangan terkini peraturan serantau.
Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Meutya Hafid berkata pelaksanaan itu mencerminkan komitmen Indonesia terhadap kedaulatan digital dan perlindungan kanak-kanak selepas tempoh peralihan selama setahun sejak peraturan itu ditandatangani Presiden Prabowo Subianto.
Beliau berkata kerajaan telah memberi operator sistem elektronik (PSE) masa yang mencukupi untuk menyelaraskan peraturan, termasuk mengemukakan komitmen pematuhan dan pelan tindakan.
"Berdasarkan skala pematuhan, boleh kami katakan bahawa status pematuhan adalah dinamik. Ini bermakna apa yang kami umumkan mencerminkan status setakat malam ini, dan kami masih menunggu perkembangan hingga esok," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Video sidang media itu dimuat naik dalam akaun YouTube kementerian berkenaan.
Meutya menegaskan bahawa tidak akan ada kompromi mengenai pematuhan, menegaskan bahawa semua platform digital yang beroperasi di Indonesia mesti mematuhi undang-undang negara.
“Kami menekankan bahawa setiap entiti perniagaan yang beroperasi di Indonesia wajib mematuhi undang-undang negara ini,”
Kementerian memaklumkan pelancaran PP Tunas akan dijalankan secara berperingkat, bermula dengan platform utama dan penguatkuasaan akan diperluas secara progresif.
Mengulangi pendirian penguatkuasaan kerajaan, Meutya menegaskan pihak berkuasa mempunyai kuasa penuh untuk bertindak terhadap platform yang tidak mematuhi undang-undang sedia ada.
“Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil langkah penguatkuasaan mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Indonesia
#haram
#bawah 16 tahun
#Meutya Hafid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan