awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia laksana dasar bekerja dari rumah, kurangkan perjalanan mulai 1 April

Bernama
Bernama
31/03/2026
15:41 MYT
Indonesia laksana dasar bekerja dari rumah, kurangkan perjalanan mulai 1 April
Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) satu hari setiap minggu bagi penjawat awam mulai 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kesan tekanan ekonomi global. - Gambar hiasan

Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) satu hari setiap minggu bagi penjawat awam mulai 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kesan tekanan ekonomi global.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, dasar itu mewajibkan penjawat awam di peringkat pusat dan wilayah bekerja dari rumah setiap Jumaat, sebagai sebahagian daripada transformasi budaya kerja nasional lapan perkara untuk menggalakkan amalan lebih cekap, produktif dan berteraskan digital.

Beliau berkata, pengaturan itu dijangka menjana penjimatan langsung kira-kira Rp6.2 trilion dalam pampasan bahan api, selain mengurangkan perbelanjaan bahan api awam sehingga Rp59 trilion melalui pengurangan mobiliti.

“Kerajaan mengambil langkah adaptif dan pencegahan bagi menangani dinamik global sambil memastikan rakyat kekal tenang dan produktif, memandangkan ekonomi negara kekal stabil dengan asas yang kukuh,” katanya pada sidang media, Selasa.

Bagi sektor swasta, Airlangga berkata, pelaksanaan WFH akan dipandu melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Kerja dengan mengambil kira keperluan khusus setiap industri sambil menggalakkan amalan penjimatan tenaga.

Beliau menambah beberapa sektor akan dikecualikan dan terus beroperasi secara fizikal, termasuk perkhidmatan awam penting seperti kesihatan, keselamatan dan kebersihan, serta sektor strategik seperti tenaga, bekalan makanan, pengangkutan, logistik dan kewangan.

Selain dasar WFH, kerajaan akan mengurangkan penggunaan kenderaan rasmi sehingga 50 peratus dan mengehadkan perjalanan rasmi, dengan perjalanan domestik dikurangkan sehingga 50 peratus dan perjalanan ke luar negara sehingga 70 peratus, di samping menstruktur semula keutamaan perbelanjaan.

“Pemotongan bajet dibuat daripada perbelanjaan kurang keutamaan seperti perjalanan rasmi, mesyuarat, perbelanjaan bukan operasi dan aktiviti istiadat, dan disalurkan semula kepada perbelanjaan lebih produktif yang memberi impak langsung kepada rakyat, termasuk pemulihan dan pembinaan semula pascabencana di Sumatera.

“Kerajaan terus menggalakkan percepatan dan penajaman perbelanjaan kementerian dan agensi melalui pengoptimuman bajet. Potensi keutamaan dan penstrukturan semula bajet kementerian dan agensi dianggarkan antara Rp121.2 trilion hingga Rp130.2 trilion,” katanya.

Sementara itu, Airlangga menegaskan, sekolah akan terus melaksanakan pembelajaran bersemuka lima hari seminggu, manakala institusi pengajian tinggi akan mengamalkan pengaturan fleksibel bagi pelajar tahun akhir selaras dengan garis panduan kementerian.

Bagi meningkatkan kemandirian dan kecekapan tenaga, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan dasar B50 mulai 1 Julai 2026 yang berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api fosil sebanyak 4 juta kiloliter serta menjimatkan anggaran Rp48 trilion dalam subsidi.

Beliau menambah pembelian bahan api akan dikawal melalui sistem kod bar MyPertamina dengan had 50 liter bagi setiap kenderaan, kecuali pengangkutan awam.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Indonesia
#WFH
#Asia Barat
#pemotongan bajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan