awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi pendidikan dibuka dua minggu selepas peralihan fasa PPN - KPM

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
24/09/2021
03:04 MYT
Institusi pendidikan dibuka dua minggu selepas peralihan fasa PPN - KPM
Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM akan dilaksana mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu tarikh peralihan fasa. -Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Susulan beberapa negeri catat peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), pembukaan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilaksana mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu tarikh peralihan fasa.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan peralihan fasa yang berbeza bermula 24 September.
Kenyataan itu menyebut, pembukaan institusi pendidikan di bawah KPM bagi Johor akan bermula pada 10 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2 PPN.
Bagi institusi pendidikan di Pahang kekal pada 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan Fasa 2 PPN.
Namun memandangkan negeri itu beralih ke Fasa 3, maka pengoperasian mengikut ketetapan fasa 3 PPN bermula 11 Oktober.
Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di negeri Sembilan pula kekal 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi Fasa 3 PPN.
Memandangkan Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4 PPN, pengoperasian mengikut fasa berkenaan akan bermula pada 18 Oktober 2021.
Kenyataan Media Berkaitan Pemakluman Mengenai Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/K6U0RYiEdT
— KPM (@KemPendidikan) September 24, 2021
Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara beri kelulusan untuk murid kelas Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) di negeri Fasa 1 hadir ke institusi pendidikan tanpa penggiliran.
Oleh itu pengoperasian institusi pendidikan di Kedah akan bermula pada 10 Oktober 2021 untuk kumpulan murid berkenaan.
Manakala murid lain kekal mengikut pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Bagi negeri lain yang tidak terlibat dalam peralihan fasa, jelas KPM pengoperasian adalah berdasarkan fasa sedia ada seperti diumumkan KPM pada 12 September lalu.
Baca: Pembukaan semula sekolah 3 Okt, ini lima perkara yang anda perlu tahu
Insitutsi Pendidikan bawah KPM ini merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.
Ia juga terpakai kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#institusi pendidikan
#PPN
#peralihan fasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan