awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran kecam rancangan AS sekat Selat Hormuz, lihat sebagai "tindakan lanun"

Bernama
Bernama
13/04/2026
08:53 MYT
Iran kecam rancangan AS sekat Selat Hormuz, lihat sebagai "tindakan lanun"
Trump sebelum ini mengumumkan rancangan AS untuk menyekat Selat Hormuz dengan menggunakan ketenteraan AS bermula Isnin pada pukul 10 pagi (1400 GMT). - Gambar fail/Reuters
Angkatan Tentera Iran menyifatkan sekatan di Selat Hormuz yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai satu "tindakan lanun", lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita separa rasmi Tasnim pada Isnin.
Sekatan ke atas perkapalan di perairan antarabangsa merupakan satu langkah yang menyalahi undang-undang, menurut jurucakap kepimpinan tentera Iran seperti yang dipetik oleh Tasnim.
"Keselamatan pelabuhan di Teluk Parsi dan Teluk Oman adalah sama ada untuk semua orang atau tidak kepada sesiapa pun," menurut jurucakap itu.
Trump sebelum ini mengumumkan rancangan AS untuk menyekat Selat Hormuz dengan menggunakan ketenteraan AS bermula Isnin pada pukul 10 pagi (1400 GMT).
Bermula tempoh itu, trafik maritim bagi kapal-kapal yang singgah atau meninggalkan pelabuhan Iran akan disekat, menurut pengumuman arahan serantau AS untuk Asia Barat.
Presiden AS itu mengumumkan sekatan berkenaan selepas rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran di ibu negara Pakistan, Islamabad, gagal pada Ahad.
Trump berhasrat menggunakan sekatan itu bagi menghalang Iran daripada menuntut yuran daripada syarikat perkapalan untuk laluan melalui selat itu, selain bertujuan memutuskan pendapatan minyak negara berkenaan.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Iran
#AS
#Selat Hormuz
#sekatan
#lanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan