awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dakwa Komander Tentera Laut IRGC Alireza Tangsiri maut dalam serangan udara

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
11:54 MYT
Israel dakwa Komander Tentera Laut IRGC Alireza Tangsiri maut dalam serangan udara
Pihak berkuasa Iran setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi atau ulasan berhubung dakwaan pembunuhan Alireza Tangsiri. -Gambar fail
Israel mendakwa serangan udara tentera rejim itu semalam telah mengorbankan Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Laksamana Madya Alireza Tangsiri.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata serangan tersebut yang menyasarkan sebuah pusat arahan rahsia di bandar pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran, turut mengorbankan beberapa pegawai kanan operasi tentera laut yang lain.
Katz menyifatkan serangan berkenaan sebagai satu operasi yang tepat terhadap individu yang dianggap sebagai dalang utama di sebalik sekatan laluan kapal di Selat Hormuz.
Dia berkata pembunuhan Alireza Tangsiri adalah mesej jelas Israel mengenai komitmen untuk membuka semula laluan strategik itu.
Kematian Alireza Tangsiri dilihat sebagai tamparan hebat kepada struktur perintah tentera Iran, khususnya dalam menguruskan operasi maritim di Teluk Parsi ketika konflik sedang memuncak.
Pihak berkuasa Iran setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi atau ulasan berhubung dakwaan pembunuhan pemimpin kanan tentera mereka itu.
Insiden ini menambah senarai panjang pembunuhan berprofil tinggi pemimpin Iran sejak konflik bermula pada hujung Februari lalu, termasuk siri serangan yang didakwa menyasarkan kepimpinan tertinggi negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Israel
#Iran
#Alireza Tangsiri
#IRGC
#Israel Katz
#Selat Hormuz
#serangan udara
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan