awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel, AS kuasai hampir seluruh ruang udara Iran - Danon

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/03/2026
22:31 MYT
Israel, AS kuasai hampir seluruh ruang udara Iran - Danon
Danny Danon berkata, konflik dengan Iran dijangka berlarutan dan tidak akan selesai dalam tempoh singkat. - Gambar/ Reuters
Israel dan Amerika Syarikat kini menguasai hampir keseluruhan ruang udara Iran dalam operasi ketenteraan yang sedang berlangsung.
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon berkata, konflik dengan Iran dijangka berlarutan dan tidak akan selesai dalam tempoh singkat.
“Kami tahu ia bukan peperangan mudah. Kami sedar kemampuan rejim Iran yang membelanjakan berbilion dolar untuk infrastruktur. Kami tahu operasi ini akan menjadi serius,” katanya.
Danon berkata demikian kepada wartawan di ibu pejabat PBB di New York pada Selasa.
Namun, Danon menegaskan bahawa pihaknya memiliki kelebihan strategik.
“Ini tidak akan berlanjutan selama-lamanya. Kami mempunyai kelebihan. Hari ini, kami menguasai hampir keseluruhan ruang udara Iran dan saya yakin kelebihan akan terserlah dalam beberapa hari lagi,” katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai tindakan Iran akan meneruskan serangan peluru berpandu ke atas negara jiran, Danon berkata serangan balas oleh AS dan Israel sejak Sabtu telah berjaya melemahkan kemampuan Iran.
Dia turut menggesa kerajaan Lubnan bertindak segera terhadap kumpulan Hezbollah yang melancarkan serangan ke atas Israel dari wilayah Lubnan bagi mengelakkan ketegangan semakin memuncak.
Sementara itu, Danon menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, bahawa Hezbollah perlu dilucutkan senjata, sebagai langkah tepat tetapi masih tidak mencukupi.
Topic Berkaitan
#operation epic fury
#Perang Iran-Israel 2026
#konflik Iran
#Danny Danon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan