awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 1MDB perlu diselesaikan secara holistik- KJ

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
26/05/2015
15:47 MYT
Isu 1MDB perlu diselesaikan secara holistik- KJ
Khairy turut meminta agar satu pelan pemulihan kewangan syarikat tersebut dirangka agar kerajaan tidak dibebankan dalam jangka masa panjang.
Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat dan Negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"Segala spekulasi dan tohmahan mengenai isu ini harus diselesaikan dengan satu siasatan yang komprehensif ke atas setiap aspek dalam pengurusan 1MDB," katanya.
Tambah beliau, sekiranya siasatan yang dijalankan tidak komprehensif, ia bakal mengundang keraguan dari rakyat.
Selain itu, beliau turut meminta agar satu pelan pemulihan kewangan syarikat tersebut dirangka agar kerajaan tidak dibebankan dalam jangka masa panjang.
"Pelan pemulihan ini perlu holistik agar ia mampu membantu 1MDB dalam melangsaikan hutang-hutangnya," kata Khairy dalam satu sidang media di Menara Datuk Onn di petang tadi.
Beliau juga menegaskan supaya tindakan diambil ke atas sesiapa yang didapati bertanggungjawab dalam hal ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan yakin akan dapat melaksanakan langkah-langkah mengurangkan hutang 1MDB.
Katanya, langkah-langkah itu akan dapat dilaksanakan Kementerian Kewangan meskipun mendapat banyak kritikan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan