awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu WSJ: Anggota kabinet beri sokongan kepada Najib

Bernama
Bernama
08/07/2015
12:06 MYT
Isu WSJ: Anggota kabinet beri sokongan kepada Najib
ISMAIL: Semua ketua-ketua parti diberi peluang bercakap, dan kita secara konsensus bersetuju menyatakan sokongan pada Datuk Seri Najib. -Gambar fail
Semua anggota kabinet parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan sokongan untuk bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran dana ke akaun peribadi perdana menteri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat kabinet hari ini ada menyentuh mengenai dakwaan WSJ itu.
"Semua ketua-ketua parti diberi peluang bercakap, dan kita secara konsensus bersetuju menyatakan sokongan pada Datuk Seri Najib," katanya ketika ditanya sama ada mesyuarat kabinet hari ini membincangkan dakwaan akhbar WSJ kononnya kira-kira AS$700 juta dimasukkan ke akaun perdana menteri.
Beliau ditemui selepas mengedarkan 2,500 kotak bubur lambuk di perkarangan kementeriannya di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata kabinet juga berpandangan isu itu tidak perlu dispekulasikan sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas melibatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara yang ditubuhkan, selesai dijalankan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#ismal sabri yaakob
#Najib Tun Razak
#Wall Street Journal
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan