awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam

Bernama
Bernama
16/09/2023
08:00 MYT
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Farah Nini berkata penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak bebas dengan aktanya adalah penting dalam melindungi dan mempromosikan hak semua kanak-kanak di Malaysia secara holistik dan sistematik.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraikan sambutan Hari Malaysia.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata Suruhanjaya Kanak-kanak yang berperanan dan menjalankan fungsi serta mandat yang termaktub dalam akta tertentu, akan menjadi badan yang bertanggungjawab untuk membela dan mempertingkatkan hak kanak-kanak.
"...khususnya kanak-kanak komuniti terdedah termasuk Orang Kurang Upaya dan masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.
Farah Nini berkata penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak bebas dengan aktanya adalah penting dalam melindungi dan mempromosikan hak semua kanak-kanak di Malaysia secara holistik dan sistematik.
Sehingga kini, lebih 50 negara di seluruh dunia telah menubuhkan badan pengawasan masing-masing untuk kanak-kanak, tambahnya.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan 12 pertubuhan masyarakat sivil bagi membela hak kanak-kanak menyokong sepenuhnya inisiatif untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kanak-kanak yang efektif dan bebas untuk Malaysia, bagi memastikan kanak-kanak di Malaysia memperoleh kehidupan terbaik.
"Perlu ada peruntukan khusus untuk suruhanjaya tersebut supaya ia boleh mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen. Keputusan-keputusan dan cadangan-cadangan suruhanjaya tersebut patut diambil tindakan oleh setiap kementerian yang berkaitan," demikian menurut kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu kesemua pertubuhan mencadangkan supaya Suruhanjaya Kanak-kanak tersebut dianggotai oleh sembilan ahli yang dilantik, dengan pengalaman sesuai, ilmu pengetahuan berkaitan hak-hak kanak-kanak di Malaysia.
Mereka patut mewakili kepelbagaian Malaysia dan termasuk orang-orang asal di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Kanak-Kanak
#Pesuruhjaya Kanak-Kanak
#Suhakam
#Hari Malaysia
#Farah Nini Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan