awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna kedudukan menteri untuk lakukan provokasi, kata Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/11/2018
07:43 MYT
Jangan guna kedudukan menteri untuk lakukan provokasi, kata Zahid
Walaupun tidak menamakan menteri berkenaan, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator P. Waytha Moorthy. - Gambar fail
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan kepada seorang menteri agar jangan cuba menjadi wira dengan menimbulkan provokasi, ekoran kes rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya.
Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Presiden UMNO itu berkata, sepatutnya menteri berkenaan, yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio perpaduan, harus mengambil bersikap adil dan mengutamakan undang-undang sedia ada.
“Dalam hal ini jangan ada mana-mana pihak yang merasakan seolah-olah menjadi wira kepada sesuatu agama apatah lagi jika portfolio dipegangnya untuk wujudkan perpaduan.
“Tapi jangan kedudukan (menteri) ini dijadikan sebagai suatu tempat untuk mewujudkan provokasi kepada penganut agama berkenaan atau penganut agama lain,” katanya lagi.
Walaupun tidak menamakan menteri berkenaan, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator P. Waytha Moorthy.
BACA : Lima parah, dua kumpulan bergaduh di kuil
BACA : Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: JBPM Selangor nafi anggota dipukul meninggal dunia
BACA : Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Waytha Moorthy
BACA : Selesai isu kuil menerusi meja rundingan - Mat Sabu
Dalam satu sidang media di Parlimen semalam, Waytha Moorthy dilaporkan sebagai berkata, tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, kerana lambat bertindak terhadap aduan kekecohan di kuil itu.
Selain menyalahkan kelewatan mereka, beliau juga mendakwa polis Subang Jaya telah memberi kenyataan salah iaitu kekecohan itu akibat perasaan tidak puas hati antara dua kumpulan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, semua pihak diharap dapat mematuhi sistem perundangan dan peraturan sedia ada.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kuil sri maha mariamman
#Malaysia Baharu
#menteri
#pembangkang
#perpaduan
#polis
#provokasi
#rusuhan
#Subang Jaya
#undang-undang
#Waytha Moorthy
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan