awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terlalu memilih kerja dalam situasi ekonomi tidak menentu

Bernama
Bernama
25/04/2017
11:27 MYT
Jangan terlalu memilih kerja dalam situasi ekonomi tidak menentu
PAIRIN: Bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, pekerja berkemahiran teknikal sangat diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 35 peratus menjelang tahun 2020. - Gambar fail
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta golongan pencari kerja supaya tidak terlalu memilih pekerjaan ketika suasana ekonomi tidak menentu sekarang.
Beliau berkata golongan berkenaan perlu membuang sifat malu untuk memulakan pekerjaan dari peringkat bawah dalam apa sahaja bidang pekerjaan.
"Bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, pekerja berkemahiran teknikal sangat diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 35 peratus menjelang tahun 2020.
"Oleh itu saya berharap golongan pencari kerja di negeri ini tidak terlalu memilih perkerjaan yang ada," katanya ketika berucap pada Majlis Kerjaya dan Karnival Pekerjaan 2017 peringkat daerah Keningau di sini, hari ini.
Mengulas mengenai program berkenaan, Pairin berkata ia merupakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu kerjasama antara agensi berkaitan dalam membantu pencari kerja mendapatkan kerja, selain medium untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan.
Katanya, program berkenaan juga dapat membantu para majikan untuk memperoleh pekerja yang berkelayakan serta berpotensi dalam syarikat masing-masing.
Pada majlis itu, sebanyakl 123 majikan turut serta dalam karnival yang bermula pada 24 April di Kota Kinabalu dan berakhir di Sandakan pada 29 April bagi mengisi 4,745 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerja
#pencari kerja
#Sabah
#Tan Sri Joseph Pairin Kitinga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan