awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2024
10:13 MYT
Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, secara lazimnya Lembaga Pengampunan sebelum ini tidak pernah memberi justifikasi mengenai keputusan mereka. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tiada perbincangan oleh Jemaah Menteri mengenai keperluan untuk memberi penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, secara lazimnya Lembaga Pengampunan sebelum ini tidak pernah memberi justifikasi mengenai keputusan mereka.
"Setahu saya, Jemaah Menteri tidak ada membincangkan keperluan itu,” katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan beberapa pihak agar Lembaga Pengampunan mendedahkan justifikasi keputusan tersebut.
Jumaat lalu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman penjara Najib diberi pengurangan 50 peratus.
Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
Denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#jemaah menteri
#pengurangan hukuman
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan