awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor

Bernama
Bernama
14/12/2024
11:43 MYT
Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Mohd Sabirin berkata pihaknya masih menjejak pasangan berkenaan termasuk mendapatkan sumber yang mengeluarkan kisah mereka. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata pihaknya masih menjejak pasangan berkenaan termasuk mendapatkan sumber yang mengeluarkan kisah mereka.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas mengenainya.
"Kami cuba jejak dan jika (pasangan itu) dapat tampil, itu akan lagi cepatkan proses (bantuan). Jadi insya-Allah kita akan bantu pasangan ikut kategori yang layak sama ada kategori asnaf gharimin (orang berhutang),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2024 anjuran LZS di sini hari ini.
Media semalam melaporkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa 'ditahan' dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketika ini MAIS menerusi LZS sedang mengesan ibu bapa kepada bayi terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil wakil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular itu.
Beliau memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan semalam dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.
Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah bayi
#peti sejuk
#Lembaga Zakat Selangor
#ibu bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan