awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Melaka buka bilik gerakan bencana

Bernama
Bernama
21/06/2013
13:30 MYT
Jerebu: Melaka buka bilik gerakan bencana
Kerajaan negeri Melaka membuka bilik gerakan bencana bagi menangani isu berkaitan jerebu sebagai langkah menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat negeri itu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata bilik gerakan tersebut mula beroperasi pada 4 petang tadi dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi talian 06-3333333.
"Tahap pencemaran udara kali ini lebih buruk daripada sebelumnya, saya difahamkan jerebu ini mengandungi habuk tebal," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata Indeks Pencemar udara (IPU) di Bandaraya Melaka mencatatkan tahap kritikal dengan bacaan 271 manakala Bukit Rambai mencatat IPU 257 pada 5 petang tadi.
Beliau berkata masing-masing 25,000 topeng muka telah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Jabatan Kesihatan manakala 10,000 topeng muka kepada bilik gerakan bencana itu.
Dalam pada itu, Idris berkata kira-kira 450 tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di seluruh negeri akan diarah tutup sekiranya keadaan jerebu berlanjutan, minggu depan.
Beliau berkata tadika berkenaan hanya boleh beroperasi semula sekiranya IPU berada pada tahap yang membolehkan aktiviti luar diadakan.
Idris berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah mengarahkan sekolah ditutup serta-merta sekiranya IPU melebihi 300.
"Melaka mempunyai sebanyak 77 buah sekolah menengah dan 236 sekolah rendah dengan jumlah pelajar lebih 161,000 orang," katanya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan