awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang jantina: Malaysia di tangga ke-108 global, politik jatuhkan skor - WEF

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/06/2025
23:50 MYT
Jurang jantina: Malaysia di tangga ke-108 global, politik jatuhkan skor - WEF
Laporan menunjukkan, wanita Malaysia hanya memegang 13.5 peratus kerusi parlimen dan 11.1 peratus jawatan menteri dan Malaysia antara negara yang tidak pernah mempunyai ketua kerajaan wanita dalam tempoh 50 tahun terakhir. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-108 daripada 149 negara dalam Indeks Jurang Jantina Global 2025, dengan skor keseluruhan 0.681, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Laporan itu mendedahkan bahawa Malaysia mencatat kemajuan dalam penyertaan ekonomi dan pendidikan, namun masih ketinggalan dalam pemberdayaan politik.
Skor tertinggi dicapai dalam pencapaian pendidikan (0.996), manakala pemberdayaan politik kekal paling rendah pada 0.079, meletakkan negara di tangga ke-128 dalam subindeks tersebut.
Dalam penyertaan ekonomi, Malaysia berada di kedudukan ke-81 dengan skor 0.682.
Kadar penyertaan tenaga kerja wanita adalah hanya 55.8 peratus, berbanding 81.9 peratus bagi lelaki.
Wanita juga hanya memegang 25.3 peratus jawatan pengurusan kanan dan profesional.
Dalam bidang kesihatan dan kelangsungan hidup, Malaysia mencatat skor 0.967, sedikit di bawah purata global, dengan jangka hayat sihat wanita pada 76.7 tahun berbanding lelaki 82.6 tahun.
Laporan turut menunjukkan bahawa wanita Malaysia hanya memegang 13.5 peratus kerusi parlimen dan 11.1 peratus jawatan menteri.
Malaysia antara negara yang tidak pernah mempunyai ketua kerajaan wanita dalam tempoh 50 tahun terakhir.
Dari segi konteks sosioekonomi, Malaysia mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak AS$399.7 bilion dan kadar pertumbuhan penduduk 1.23 peratus. Wanita mewakili 47.5 peratus daripada jumlah penduduk.
WEF menekankan bahawa dasar awam yang strategik, bukan semata-mata tahap pendapatan, adalah kunci kepada kemajuan dalam kesamarataan jantina.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#jurang jantina
#WEF
#Indeks Jurang Jantina Global 2025
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami