awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak hilang: Hanya kesan tapak kaki ditemui

Rohana Wahed
Rohana Wahed
14/06/2018
02:04 MYT
Kanak-kanak hilang: Hanya kesan tapak kaki ditemui
Usaha ahli keluarga mencari di kawasan kejiranan dan rumah kawan-kawan gagal sebelum mereka membuat laporan polis.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilapor hilang sejak jam 9.25 malam semalam di Kampung Serumah, Teng Bukap dekat Padawan Sarawak diaktifkan semula awal pagi ini.
Kanak-kanak berkenaan dikenal pasti sebagai Alvincent Amy disedari hilang selepas bermain bersendirian di halaman rumah kira-kira jam 5 petang.
Pegawai Kanan Zon 2 Bomba dan Penyelamat, Ramlan Marajan berkata, usaha ahli keluarga mencari di kawasan kejiranan dan rumah kawan-kawan gagal sebelum mereka membuat laporan polis.
"SAR terus dilancar sebaik sahaja laporan diterima jam 9.25 malam dan ditamat jam 2.30 pagi tadi sebelum disambung semula awal pagi ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Ramlan, setakat ini pasukan SAR cuma menjumpai kesan tapak kaki dipercayai milik kanak-kanak berkenaan di kawasan berhampiran kebun neneknya.
"Pasukan SAR dibantu Unit K9 Polis menggunakan anjing pengesan dibahagi kepada dua lokasi pencarian melibatkan kawasan rumah dan kebun terletak kira-kira dua kilometer dari rumah keluarganya.
“Menurut ahli keluarga, kanak-kanak itu biasanya mengikut neneknya ke kebun," jelas Ramlan.
Topic Berkaitan
#dua tahun
#Kampung Serumah
#Kanak-kanak
#laporan
#mencari dan menyelamat
#Padawan
#Pegawai Kanan Zon 2 Bomba dan Penyelamat
#Ramlan Marajan
#SAR
#Teng Bukap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan