awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan banjir di Dungun semakin pulih

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2024
01:15 MYT
Keadaan banjir di Dungun semakin pulih
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto APM
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Dungun semakin pulih dengan jumlah mangsa kini menurun kepada 473 orang daripada 157 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut setakat jam 8 pagi ini.
Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS yang masih dibuka di daerah berkenaan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan satu-satunya daerah di negeri ini yang masih terjejas akibat bencana tersebut.
Menurut kenyataan itu, dua PPS yang dibuka di Dungun ialah Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Tambah kenyataan tersebut, seramai 226 mangsa daripada 61 keluarga sudah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Shukor.
Selain itu, katanya seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang diaktifkan di sana iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan