awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia di Korea berusaha sampaikan bantuan konsular kepada Rozzana

Bernama
Bernama
11/10/2021
21:36 MYT
Kedutaan Malaysia di Korea berusaha sampaikan bantuan konsular kepada Rozzana
Wisma Putra menerusi pegawai kedutaan di Korea Selatan telah berusaha melawat Rozzana di hospital namun tidak dibenarkan memandangkan penularan COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan sedang berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana Mat Nanyan, 35, yang berada di unit rawatan rapi Hospital Myongji, Korea Selatan akibat kesukaran bernafas.
Menurut catatan di laman Facebook rasmi Kementerian Luar (Wisma Putra) yang merujuk kepada laporan Harian Metro bertajuk "Bantu kami bawa pulang Rozanna" bertarikh 10 Oktober 2021, kementerian akan terus memantau keadaan Rozzana.
Kementerian menerusi pegawai kedutaan di situ telah berusaha melawat beliau di hospital berkenaan namun tidak dibenarkan memandangkan penularan COVID-19.
Rozzana kini tidak sedarkan diri kerana diintubasi (ditidurkan) bagi mengelakkan serangan sawan.
Menurut akhbar itu, keluarganya ingin membawa beliau pulang untuk dirawat di Malaysia dan khuatir dengan bil rawatan yang terus meningkat.
Rozzana yang berada di negara itu sejak empat tahun lepas, bekerja sebagai operator di sebuah kilang penerbitan kalendar di Incheon, Seoul.
Sumber Facebook MOFAMalaysia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rozzana Mat Nanyan
#Korea Selatan
#bantuan konsular
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan