awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegiatan seleweng diesel terbongkar, kenderaan ubah suai disita di Beaufort

Bernama
Bernama
02/04/2026
00:10 MYT
Kegiatan seleweng diesel terbongkar, kenderaan ubah suai disita di Beaufort
Cubaan seorang lelaki menyeleweng diesel gagal apabila diserbu di stesen minyak di Beaufort. - Foto Sinar Harian

Taktik penyelewengan diesel terbongkar apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai dengan tangki tambahan mengandungi kira-kira 200 liter bahan api disita dalam serbuan Op Tiris 4.0 di Beaufort pada Selasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan itu dijalankan di sebuah stesen minyak hasil maklumat serta pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di stesen berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort Julie Julhani berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyelewengan bahan api bersubsidi.

“Susulan itu, pihak KPDN telah menyita kenderaan terbabit, minyak diesel serta dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan ke atas pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemandu kenderaan telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#seleweng diesel
#Op Tiris 4.0
#kpdn
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan