awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian letupan kabin kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/10/2022
04:58 MYT
Kejadian letupan kabin kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat - Polis
Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.49 petang 18 Oktober lalu mengatakan sebuah kabin terbakar.
ALOR SETAR: Polis Kedah sedang menyiasat kejadian letupan sebuah kabin kontena di dalam kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah pada 16 Oktober lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.49 petang 18 Oktober lalu.
Beliau berkata, siasatan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kemusnahan teruk pada kabin kontena berkenaan.
Katanya, kabin kontena itu yang dijadikan stor simpanan diletakkan di bahagian belakang di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar.
"Polis menemukan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai bahan letupan dan semua sampel yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.
"Siasatan awal polis mengesyaki kejadian itu mempunyai unsur khianat kerana menggunakan bahan letupan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Hassan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan menggunakan bahan letupan terhadap sebuah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh 20 tahun atau denda.
Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti suspek terbabit dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Sebelum ini pada 17 Oktober lalu berlaku kejadian papan tanda dan pagar di Kediaman Rasmi Menteri Besar disimbah cat merah dan biru.
BACA: Pagar kediaman rasmi MB Kedah disimbah cat
Jenayah | Pagar kediaman rasmi MB Kedah disimbah cat
Topic Berkaitan
#Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah
#cubaan meletupkan kabin kontena
#perbuatan khianat
#Wan Hassan Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan