awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan sasar kurangkan penagihan dadah 50 peratus menjelang 2030

Bernama
Bernama
16/08/2025
02:10 MYT
Kelantan sasar kurangkan penagihan dadah 50 peratus menjelang 2030
ZAMAKHSHARI: Kita tidak mahu hanya mengawal gejala, tetapi mahu menyentuh punca masalah demi membina negeri yang lebih selamat dan bermaruah untuk generasi akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyasarkan pengurangan kadar penagihan dadah di negeri itu sebanyak 50 peratus menjelang 2030 melalui pelaksanaan jihad bersepadu di seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Zamakhshari Muhammad berkata inisiatif itu akan diperluas selepas kejayaan projek rintis di Pasir Mas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, penghulu dan imam masjid.
"Selain itu, kita akan berbincang dengan beberapa agensi lain bagi memperkasakan lagi jihad bersepadu memerangi dadah," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Town Hall Keselamatan dan Perpaduan Negara Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Muhammadi, di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan menegaskan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan gejala itu dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membanteras masalah dadah dari akar umbi.
"Kita tidak mahu hanya mengawal gejala, tetapi mahu menyentuh punca masalah demi membina negeri yang lebih selamat dan bermaruah untuk generasi akan datang. Semua pihak perlu berganding bahu kerana masalah ini tidak mengenal warna parti politik, agama atau kaum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Dadah
#Zamakhshari Muhamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan