awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
08:49 MYT
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang keputusan akan diputuskan jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet minggu depan.
KOTA KINABALU: Kabinet Sabah akan menetapkan polisi terkini sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang keputusan akan diputuskan jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet minggu depan (Rabu).
"Jemaah Menteri Sabah akan membuat keputusan berkaitan perkara ini pada mesyuarat Kabinet Sabah minggu depan.
"Mesyuarat Kabinet negeri selalunya diadakan pada Rabu setiap minggu. Kita akan bincangkannya," kata kepada Astro AWANI.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) akan diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada empat strategi utama kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19.
Sampel air kumbahan itu, jelas beliau lagi, akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Pelancong China
#COVID-19
#Kabinet Sabah
#polisi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan