awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Digital minta laporan isu kesalinghubungan, menara tidak berfungsi di Sarawak

Bernama
Bernama
31/05/2025
11:08 MYT
Kementerian Digital minta laporan isu kesalinghubungan, menara tidak berfungsi di Sarawak
Gobind berkata kedua-dua isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negeri (MED4IRN) pada 28 Mei lepas. - Bernama
SIBU: Kementerian Digital meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyediakan satu laporan berhubung masalah kawasan ketiadaan kesalinghubungan serta menara telekomunikasi yang tidak berfungsi, khususnya di luar bandar Sarawak.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kedua-dua isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negeri (MED4IRN) pada 28 Mei lepas dan meminta MCMC mengemukakan laporan yang berkaitan dalam tempoh enam bulan.
"Saya harap dalam enam bulan yang akan datang, kita dapat menerima satu laporan khas daripada MCMC berkaitan dengan masalah itu bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan (melihat) bagaimana kita dapat bekerjasama untuk kita menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Inisiatif Jelajah Digital Rumah Panjang di Rumah Collins, Selangau, di sini hari ini.
Program anjuran Digital Nasional Berhad (DNB), sebuah agensi di bawah kementerian itu mempamerkan penyelesaian praktikal di lapangan yang bertujuan membantu komuniti memanfaatkan alat digital untuk peningkatan ekonomi dan sosial.
DNB dalam kenyataan sempena pelaksanaan program itu memaklumkan, program itu melibatkan ceramah 'eKelas Usahawan' oleh Maxis Berhad, sesi literasi kewangan oleh SME Bank, dan boot camp TikTok Shop, bertujuan melengkapkan usahawan luar bandar dan belia dengan kemahiran pemasaran digital dan e-dagang.
Di samping itu, sesi yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) turut memberikan pendidikan penting mengenai keselamatan dalam talian dan tanggungjawab digital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Gobind Singh Deo
#kesalinghubungan
#menara tidak berfungsi
#Sarawak
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan