awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2018
00:15 MYT
Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Keutamaan kemasukan ke perkhidmatan sukarela Wataniah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan SPM/SPMV/STPM dan STAM, atau setaraf, atau tamat Tingkatan 5. - Gambar hiasan
Kementerian Pertahanan menafikan catatan di laman Facebook dan laporan sebuah akhbar Tamil yang mendakwa pihaknya telah bersetuju mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, meskipun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kelayakan.
Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.
"Fakta berkenaan tidak benar.
"Pihak kementerian bersetuju untuk mengkaji semula permohonan-permohonan itu supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimbangkan semula," menurutnya.
Kementerian turut memaklumkan, keutamaan kemasukan ke perkhidmatan sukarela Wataniah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau setaraf, atau tamat Tingkatan 5.
Namun, pihak Wataniah juga mempertimbangkan calon-calon yang memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3 di sekolah bantuan kerajaan serta boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
"Kelonggaran ini diberi tanpa mengira kaum dan agama," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#akhbar Tamil
#Askar Wataniah
#Belia
#Facebook
#India
#kelayakan
#Kementerian Pertahanan
#kerajaan
#sekolah
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan