awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan asing wajib tangki 'tiga suku' penuh sebelum masuk Brunei mulai esok

Bernama
Bernama
31/03/2026
09:22 MYT
Kenderaan asing wajib tangki 'tiga suku' penuh sebelum masuk Brunei mulai esok
Semua kenderaan berpendaftaran asing dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki penuh bahan api sebelum dibenarkan memasuki Brunei, berkuat kuasa esok. - Gambar fail/hiasan
Semua kenderaan berpendaftaran asing dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki penuh bahan api sebelum dibenarkan memasuki Brunei, berkuat kuasa esok.

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri Brunei, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenderaan yang gagal mematuhi syarat berkenaan tidak akan dibenarkan masuk, kecuali kenderaan rasmi kerajaan yang diberikan pengecualian.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berpendaftaran asing juga hanya dibenarkan membeli bahan api Shell V-Power Gasoline atau Shell V Power Diesel pada kadar pasaran semasa.
"Langkah pengemaskinian kawalan bahan api (produk petroleum) ini diambil bagi melindungi bekalan bahan api negara berikutan pergolakan geopolitik di Asia Barat sejak akhir Februari lepas.
"Langkah mandatori ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan bahan api bersubsidi digunakan secara berhemah bagi kegunaan domestik serta memelihara keterjaminan tenaga negara,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama memaklumkan, bagi kenderaan berpendaftaran Brunei yang kembali dari luar negara, syarat tiga suku tangki hanya akan dikenakan sepenuhnya pada kemasukan kali kedua dan seterusnya dalam tempoh 24 jam.
Susulan pengumuman itu, semua stesen minyak di negara berkenaan telah diarahkan untuk memperketatkan prosedur pengesahan termasuk melakukan pemeriksaan teliti ke atas nombor pendaftaran kenderaan pelanggan.
Menurut kenyataan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan nombor pendaftaran palsu atau diubah suai, dengan pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara aktif.

“Orang ramai dan semua pemilik kenderaan dinasihatkan mematuhi peraturan ini serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Brunei
#tangki minyak
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan