awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Tim Leissner: LHDN, SPRM, PDRM dan BNM perlu jawab! - Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/03/2022
09:56 MYT
Kenyataan Tim Leissner: LHDN, SPRM, PDRM dan BNM perlu jawab! - Anwar
Kata Anwar, apabila satu institusi induk melepaskan tanggungjawab pengawasan, maka semua (institusi) mengambil kesempatan, lalu berlakunya skandal berskala besar. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Badan-badan siasatan digesa mengemukakan laporan menyeluruh dan penjelasan susulan kenyataan yang dibuat bekas pegawai bank Goldman Sachs Inc, Tim Leissner dalam prosiding mahkamah di Amerika Syarikat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
"Jadi, sebab itu bagi kita, soal pengaliran wang keluar ini di bawah tanggungjawab BNM.
"Apabila satu institusi induk melepaskan tanggungjawab pengawasan, maka semua (institusi) mengambil kesempatan, lalu berlakunya skandal berskala besar melibatkan negara di peringkat dunia.
"Jadi, mesti ada siasatan menyeluruh, namun belum ada laporan atau keterangan selain pendakwaan dalam aspek tertentu melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
"Namun, belum ada penegasan sama ada dari BNM, LHDN, PDRM atau SPRM. Kita mahu penjelasan, apa tindakan yang sudah diambil dan apa maklumat diperolehi selain apakah ada tindakan selain proses siasatan isu yang sudah 10 tahun berlalu.
"Kita tidak boleh lagi menerima jawapan 'masih dalam siasatan'," tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, sewaktu satu sesi di kamar khas di Parlimen, di sini, hari ini.
Sidang kamar khas itu berlangsung selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meluluskan usul Anwar berkait amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia khasnya BNM susulan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegas Anwar, BNM sebagai sebuah institusi terhormat tidak boleh tercalar disebabkan kelemahan pengurusan dan pendedahan demi pendedahan yang merosakkan imej institusi itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#usul khas 1MDB
#Tim Leissner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan