awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia bakal jadi tumpuan dunia, rancak ekonomi negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2024
08:18 MYT
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia bakal jadi tumpuan dunia, rancak ekonomi negara - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia pada akhir tahun ini dan mulai tahun depan, sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi yang besar kepada rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak persidangan peringkat antarabangsa akan dianjurkan di Malaysia pada tahun depan yang bakal disertai delegasi dari pelbagai negara, ini seterusnya dapat merancakkan lagi ekonomi negara.
Pada akhir tahun ini dan sepanjang 2025, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat utama ASEAN dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia, dan New Zealand.
Pada Mei tahun depan, negara akan menganjurkan Persidangan ASEANGCC+China yang meliputi kesemua negara ASEAN, enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emirirah Arab Bersatu serta China.
"Ini (sudah tentu) akan memberikan tumpuan dan perhatian (dunia kepada Malaysia), dan saya minta kerjasama (penuh dari semua pihak)," kata beliau sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.
ASEANGCC+China merupakan persidangan yang pertama seumpamanya diadakan oleh blok 10 negara anggota itu yang mana sebelum ini hanya ASEAN+GCC sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kepengerusian ASEAN 2025
#Anwar Ibrahim
#peluang ekonomi
#Malaysia akan menjadi tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan