awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri

Bernama
Bernama
08/08/2024
13:15 MYT
Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri
Johari, bersama Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan, semasa lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Perlis di Kompleks DUN Perlis, di sini, hari ini. - Gambar Bernama
KANGAR: Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing dalam usaha memastikan aktiviti merakyatkan DUN berjalan lancar.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata peruntukan khas kepada Speaker DUN itu antara yang akan dibincangkan dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia Tahun 2024 di Sarawak pada September ini.
"Jadi kalau boleh kerajaan negeri berikan sedikit (peruntukan khas) ini...cadangan saya letak dalam bajet negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke DUN Perlis di Kompleks DUN di sini hari ini.
Sementara itu, Johari berkata kini banyak perubahan positif berlaku dalam persidangan Dewan Rakyat, antaranya sesi penerangan menteri mengenai sesuatu isu semasa walaupun tiada soalan daripada Ahli Parlimen.
"Saya cuba pastikan Ahli Parlimen tidak bercakap tentang politik, (hanya) cakap tentang perkara (dibangkitkan) jadi masa yang ada kita boleh buat (sesi) penerangan menteri kerana kadang-kadang menteri tidak akan jawab isu terkini kecuali ada soalan.
"Kalau kita sediakan (sesi) penerangan untuk menteri jawab isu terkini tanpa soalan daripada Ahli Parlimen ia membantu, contohnya hari itu saya beri peluang kepada Menteri Kewangan II menceritakan tentang pembelian saham Malaysia Airport dan kita beri peluang untuk menteri beri penerangan, saya bagi (tempoh) sejam bukan 10 minit," katanya.
Dalam pada itu, katanya terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang dikenal pasti tidak membahaskan sesuatu isu tertentu dan tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat semasa isu itu dibahaskan namun mengulas isu itu di luar melalui media sosial dengan menggambarkan dirinya hadir ketika perbahasan.
Beliau berkata perbuatan Ahli Parlimen itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan kini mereka yang terbabit sedang dalam pemerhatiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#media sosial
#Parlimen
#peruntukan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan