awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/04/2024
12:52 MYT
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat turut membincangkan persiapan bagi menghadapi PRK DUN Kuala Kubu Bharu. - Gambar Facebook Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan, yang mampu mengancam keharmonian negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum.
Menurut Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan tersebut antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Seri Perdana Putrajaya, hari ini.
Jelas beliau, mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
"Semua parti Kerajaan Perpaduan bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum.
"Dengan pendekatan kesederhanaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Asyraf Wajdi menambah mesyuarat turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
Katanya, mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.
Susulan itu ujarnya, penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, parti-parti Kerajaan Perpaduan akan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP)
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Barisan Nasional
#kestabilan ekonomi
#keharmonian negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan