awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia ganjaran RM500 untuk golongan belia lakukan aktiviti kesukarelawanan

Bernama
Bernama
13/10/2023
12:05 MYT
Kerajaan sedia ganjaran RM500 untuk golongan belia lakukan aktiviti kesukarelawanan
Kerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan diiktiraf oleh kerajaan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan diiktiraf oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan menerapkan konsep 'pay it forward' dalam membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia 18 hingga 20 tahun manakala RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program belia.
"Program Rakan Muda telah diberi nafas baharu dalam usaha membentuk jati diri dan keperibadian anak muda Malaysia," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta manakala Skim TEKUN Belia Mobileprenuer turut diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
"Sejak dilaksanakan program TUBE telah melahirkan lebih 7,000 usahawan belia bumiputera dan mewujudkan hampir 14,000 peluang pekerjaan," kata beliau.
Bagi mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industeri e-sukan, beliau berkata RM30 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di negara ini dalam pembangunan produk.
Mengenai komuniti Orang Asli, Anwar berkata komuniti itu diperuntukkan RM333 juta ketimbang RM305 tahun ini mencakupi pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasaranan di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial.
"Umpamanya, sejumlah RM28 juta diperuntukkan bagi mempergiat program pembangunan usahawan Orang Asli serta penanaman semula ladang Orang Asli antaranya di Batang Padang, Perak dan Hulu Langat, Selangor," kata beliau.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Belia
#Dewan Rakyat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan