awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama erat mampu mantapkan usaha mendaulatkan Islam - Adenan

Bernama
Bernama
02/10/2016
06:38 MYT
Kerjasama erat mampu mantapkan usaha mendaulatkan Islam - Adenan
Tan Sri Adenan Satem mahu jalinan kerjasama, persaudaraan serta gabungan erat semua pihak dimantapkan lagi dalam usaha mendaulatkan Islam.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu jalinan kerjasama, persaudaraan serta gabungan erat semua pihak dimantapkan lagi dalam usaha mendaulatkan Islam sebagai agama terunggul.
Beliau berkata kerjasama di antara Majlis Islam Negeri Sarawak serta pelbagai agensi lain dalam menganjurkan Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak bagi Tahun 1438 Hijrah kali ini adalah satu contoh terbaik dalam merealisasikan kerjasama berkenaan.
"Selain memantapkan usaha mendaulatkan Islam, kerjasama itu juga dapat menjulang tinggi syiar agama Islam dan menjadikan umatnya sebagai masyarakat bertamadun yang mempunyai nilai-nilai berkualiti khususnya di negeri Sarawak.
"Ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Islam Sarawak dan pelbagai agensi di atas penganjuran satu perhimpunan yang terbaik dan penuh gemilang," katanya.
Teks ucapan Adenan dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg pada majlis perhimpunan peringkat negeri di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mantan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isterinya Tan Sri Empiang Jabu serta barisan kabinet negeri bersama kira kira 2,000 orang masyarakat setempat.
Pada perhimpunan yang sama, Abdul Taib turut menyampaikan anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri kepada tujuh penerima mengikut kategori masing-masing.
Mereka ialah Allahyarham Tuah Junaidi dan Hasiah Bunsu (Kategori Keluarga Contoh), Rektor UiTM Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali (Kategori Pegawai Awam Contoh) dan Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak, Miri (Kategori Masjid Contoh).
Selain itu, Abdul Taib turut menyampaikan anugerah kepada Surau Darul Muafiqin, Saratok (Kategori Surau Contoh), Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak, Bintulu (Kategori Sekolah Agama Contoh), Askhairunisa Alwi (Kategori Pelajar STPM Cemerlang) dan Nurfatihah Binti Aidel (Kategori Pelajar SPM Cemerlang). - Bernama
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#agama terunggul
#Islam
#Maal Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan