awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
03/05/2024
04:30 MYT
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME17 adalah 63 lokaliti berbanding 80 pada minggu sebelumnya. - Foto fail
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lepas berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME17, dengan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME17 adalah 52,887 kes berbanding 36,977 bagi tempoh sama tahun lepas.
Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata dalam tempoh itu juga 39 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 22 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME17 adalah 63 lokaliti berbanding 80 pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata 51 lokaliti dilaporkan di Selangor, empat lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Pulau Pinang, dua lokaliti masing-masing di Perak serta Kedah, dan satu di Sarawak.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, tiada kes dan wabak direkodkan pada ME17, dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes.
Bagi survelan zika beliau berkata 850 sampel darah dan enam sampel urin telah dijalankan saringan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Beliau seterusnya menasihati orang awam supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes iaitu pada awal pagi serta lewat petang, dan kerap melakukan aktiviti semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa yang bersembunyi di dalam rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#aedes
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan