awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes remaja lelaki maut dalam kebakaran tandas awam kini dalam siasatan - KP Selangor

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2022
06:29 MYT
Kes remaja lelaki maut dalam kebakaran tandas awam kini dalam siasatan - KP Selangor
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis masih menunggu laporan patologi bagi mengetahui punca kematian remaja berusia 16 tahun itu. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Kes kematian remaja lelaki dalam insiden kebakaran tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, semalam, disisat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu kematian tanpa niat.
Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua rakan mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Arjunaidi, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua remaja itu juga mendapati negatif dadah.
Dalam masa sama, kata beliau, permohonan reman terhadap mereka juga dilakukan pagi ini.
Arjunaidi turut memberitahu, polis juga belum mendapat laporan patologi bagi mengetahui punca kematian remaja berusia 16 tahun itu.
Semalam, media melaporkan tindakan dua remaja bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka maut selepas terperangkap di dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3.
Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 2.38 petang.
Menurut rakan mangsa iaitu dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, ketika kejadian mereka sedang baring di sofa di dalam tandas berkenaan.
Kebakaran bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api menjadi tidak terkawal
Topic Berkaitan
#remaja rentung
#tandas awam
#Puncak Alam
#kebakaran tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan