awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak anggota PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
24/11/2020
10:03 MYT
Kes tembak anggota PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP
Abdul Hamid meninjau lokasi kejadian bersama Surina dan Huzir pagi tadi. -Gambar/ Astro AWANI
PADANG BESAR:Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, memberi jaminan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand terkawal susulan kejadian serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran Pos 9, Felda Mata Ayer, Padang Besar.
Katanya, ketika ini pasukan Komando VAT69 turut berada di lokasi kejadian yang mengorbankan seorang anggota PGA itu bagi membantu memantau keadaan.
Abdul Hamid turut berkata beliau akan melawat anggota PGA yang tercedera selain meninjau proses pengurusan anggota yang terkorban sebelum dibawa pulang ke Negeri Sembilan.
"Saya nak balik (ke) KL (Kuala Lumpur bagi proses) urus jenazah, (jenazah akan dibawa) balik (ke) Negeri Sembilan.
"Saya dah pergi ke tempat kejadian, kebetulan semasa kejadian unit Komando VAT69 berada di scene (lokasi), so (mereka) segera bagi bantuan," katanya di sini, hari ini.
BACA: Kes tembak PGA di sempadan: 6 anggota sindiket penyeludupan ditahan
BACA: PM ucap takziah kepada keluarga Koperal Baharuddin
Beliau sebelum itu bersama Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, masuk meninjau lokasi kejadian.
Terdahulu, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban akibat ditembak, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu mangsa sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, yang turut mengalami kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#PGA
#ditembak
#sempadan
#malaysia-thailand
#sindiket penyeludupan
#ketum
#Koperal Baharuddin Ramli
#terkorban
#IGP
#Abdul Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan