awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas sempena cuti panjang hujung minggu

Bernama
Bernama
30/03/2026
13:10 MYT
Kesesakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas sempena cuti panjang hujung minggu
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memberi amaran mengenai kesesakan teruk dan masa pelepasan yang lebih lama di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas sempena cuti panjang hujung minggu, Good Friday dan Qing Ming dari 3 hingga 5 April

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memberi amaran mengenai kesesakan teruk dan masa pelepasan yang lebih lama di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas sempena cuti panjang hujung minggu, Good Friday dan Qing Ming dari 3 hingga 5 April ini.

Dalam satu nasihat yang disiarkan di laman web rasminya, ICA memaklumkan, memandangkan situasi keselamatan global yang meruncing, termasuk perkembangan terkini di Asia Barat, ia telah mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan ke atas pengembara, kargo dan kenderaan yang tiba di semua pusat pemeriksaan.

"Pengembara harus menjangkakan masa menunggu yang lebih lama untuk pelepasan imigresen dan dinasihatkan supaya menyemak situasi trafik di pusat pemeriksaan darat sebelum memulakan perjalanan mereka," katanya pada Isnin.

Menurut ICA, cuti sekolah Mac baru-baru ini dan hujung minggu sempena Hari Raya Aidilfitri dari 13 hingga 22 Mac, menyaksikan lebih lima juta pengembara merentasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Ia menyatakan bahawa trafik mencapai jumlah tertinggi pada 18 Mac dengan lebih 564,000 pengembara melintasi pusat pemeriksaan dalam sehari.

“Pada waktu sibuk, mereka yang melakukan perjalanan dengan menaiki kereta perlu menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi imigresen disebabkan oleh kesesakan lalu lintas dari Malaysia.

"Para pelawat amat digalakkan untuk mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan bas rentas sempadan sebagai alternatif kepada memandu, bagi mengelakkan kesesakan di pusat pemeriksaan darat," tambahnya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Singapura
#kesesakan
#Woodlands
#Tuas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan