awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketepi soal politik, fokus kebajikan rakyat di Parlimen - Armada

Bernama
Bernama
10/07/2021
09:04 MYT
Ketepi soal politik, fokus kebajikan rakyat di Parlimen - Armada
Wan Ahmad Fayhsal berkata tumpuan penuh harus diberi kepada urusan berkaitan kebajikan rakyat dan bukannya hal politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan kerajaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan khas Parlimen yang dijadual mulai 26 Julai ini harus memberi tumpuan penuh kepada urusan berkaitan kebajikan rakyat dan bukannya hal politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebarang tindakan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mengundang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, ketika negara sedang berdepan dengan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.
"Kita semua tahu, kita perlukan PRU, tetapi bukan sekarang...Armada seru semua Ahli Parlimen bersabar, bagilah Pelan Pemulihan Negara (PPN) diselesaikan...Tolonglah kita selesaikan masalah COVID-19 dahulu...kesian pada rakyat,".
Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan ditemui pemberita di sini hari ini, selepas melawat pemain drum kumpulan Caliph Buskers yang terjejas pendapatan sejak Januari 2020, susulan penularan COVID-19 di negara ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai manakala sidang Dewan Negara diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persidangan khas Parlimen
#politik
#kebajikan rakyat
#Parlimen
#ARMADA
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#PRU
#COVID-19
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan